Haaachum.... Maaflah, hari ni saya tidak sihat,sebab tu tak datang sekolah.Assalamualaikum saya hulurkan kepada peminat blog ini(ade ke peminat).Pada 16 jun 2009 bersamaan 23 Jamadil Akhir, saya tidak hadir ke sekolah kerana demam.Sebenarnya dari semalam lagi saya dah rasa tak sedap badan lagi,tekak saya kering bak kata Faiz H.Tapi masa tu tak demam lagi.Tap,i bila saya bangun pagi tadi badan saya rasa sejuk dan cecair dari hidung saya mengalir keluar tak henti-henti.Tadi saya pergi klinik berjumpa dengan doktor,beliau memberi ubat batuk, demam dan selesema kepada saya.Mungkian esok saya dapat pergi ke sekolah,doa-doalah supaya saya sihat.Dah nasib badan, nak buat macam mana lagi, benda dah jadi dah.Terasa mengantuk pulak, mungkin kesan daripada makan ubat tadi.Sampai sini jelah. Saya pergi du........................ZzZzZzZzzzZZZ(dah tidur)
Ada dua orang budak ni, diaorang pergi ke pasar malam. Maka bermulalah perbualan di antara mereka..... Kawan A:Tengok tu (menunjuk ke arah kedai yong tau fu).Dah lama aku tak makan. Kawan B:Eh! Tu bukan yong tau fu lah... Kawan A:Apa pulak,kalau tu bukan yong tau fu, apa dia? KawanB:Tu bukan ke.....Alaa yang tuu.. KawanA:Yang tu apa?Yang benda celup-celup tu la yong tau fu. Maka dua orang sahabat ni pun berjalan-jalan di pasar itu sambil berperang mulut....Tiba-tiba... Kawan B:Haaa!!!Tu la yong tau fu. Kawan A:Mana,Mana??? KawanB:Tu haa....(menunjuk ke arah char kuew teow) KawanA:...................................Gila.... (Based on the true story)
Moral of the story:yong tau fu dengan char kuew teow pun tak tau.....
assalamualaikum... terase nk post lak... prnah x korg terpkr ape yg korg nk wat lepas SPM(f5)..... aq ade r gak pkr....pastu aq ade r gak tnye kwn2 aq...setiap org lain p'jlnn dorg... senarnye aq dh setting dh ape yg aq nk wat lps SPM... 1'st skali aq nk amek lesen pastu bleh r jln g mne2... 2'nd aq cari koje...koje ape2 pn blehlh aslkn dpt duit.... 3'rd wat aml kebajikan dgn m'nolong org2 susah...hohoho and so on so on..... jd ape yg korg nk wat lps SPM....???? korg pkr laa s'diri.... kalo x taw nk wat pe..sile hubungi AJK kebersihan study group 909 utk m'dptkn tips2 yg hebat.. can or not...??? smpai sini jelah... sekian...
Alhamdulillah... Itu jelah perkataan yang saya boleh ungkapkan setelah kepenatan berjalan bersama sahabat saya di PWTC. Sepanjang perjalanan saya dari awal sampai ke akhir banyak ujian yang Allah berikan kepada saya.
PAGI
Pada pagi itu Allah menguji kesabaran saya terhadap rakan-rakan saya. Di rumah,selepas saya bersarapan saya menelefon kawan saya untuk bertanya samada dia sudah bertolak atau belum dari rumahnya.Tetapi dia memberi jawapan yang dia kena tinggal dengan bapa dia di rumah. Saya berasa agak kecewa dengan jawapan yang diberi oleh dia, namun sebagai seorang kawan saya memaafkan dia.Tapi saya tetap nak pergi ke PWTC tu. Jadi saya 'join'lah kawan saya yang lagi seorang yang nak pergi ke PWTC. Saya menunggu dia di LRT Taman Melati seperti yang dijanjikan untuk berjumpa pada pukul 10.45, apabila saya sampai dia pulak belum sampai-sampai lagi, selama 30 minit saya menunggu dia di stesen itu barulah dia sampai. Agak 'panas' juga hati saya dibuatnya, tapi bukan salah dia pun sebab dia naik bas datang ke stesen tu jadi saya pun memaafkan dia. Saya ni bukannya nak kata yang saya ni seorang pemaaf, kalau nak marah pun tak guna juga. Betul tak?
TENGAHARI
Semasa tengah jalan-jalan di PWTC tu ramai juga kawan lama yang saya terserempak.Antaranya Beyak(budak Segambut), Al-Amin, Hanis dan Amal(budak Al-Amin).Saya sempat bersalaman dengan mereka. Tetapi bukan itu yang saya nak kongsikan. Semasa saya berada di PWTC keimanan serta nafsu saya tergugat melihat syaitan-syaitan bertopengkan manusia (orang yang tidak menutup aurat perempuan terutamanya) bak kata ustaz Aziz. Saya hanya mampu untuk menundukkan pandangan saya saja untuk mengelakkan diri dari melihat mereka yang tidak menutup aurat ni dan menghindari dari zina mata. Walaubagaimanapun ada juga sebahagian yang saya lihat menutup aurat dengan sepenuhnya siap pakai purdah dan kopiah lagi.
PETANG
Lepas penat 'tawaf' satu PWTC tu kitaorang pun balik.Masa tu perut masing-masing memang dah lapar sangat. Nasib baiklah ada 'foodfair' dekat LRT Masjid Jamek,kitorang pun borong la makanan dekat situ. Memang murah la makanan dekat situ. Aku beli kerepek dengan kuih-muih, kawan-kawan saya yang lain pun turut beli. Lepas dah hampir tiba di LRT Melati saya pun menelefon bapa saya tapi tak angkat. Lepas tu saya pun telefon mak saya, pun tak angkat. Lebih kurang 9 kali saya 'call' tapi tak angkat juga. Bila saya dah nak sampai rumah naik bas barulah mak saya 'call'. Di sini Allah menguji kesabaran saya terhadap ibu bapa saya. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana dapat sampai ke rumah dengan selamat.
Bila di fikirkan kenapa Allah memberi ujian ini kepada saya. Dan adakah ujian yang diberikan oleh-NYA berjaya saya harungi, hanya Allah saja yang tahu. Tapi apa yang pasti setiap ujian yang diberi pasti ada hikmahnya. Sampai sini sajalah yang dapat saya ceritakan.
study group 909 ni terdiri drpd 5 org ahli:- 1)camen (ketua) 2)sulaiman (penolong) 3)hadi (bendahari) 4)aduka (disiplin) 5)rashid (AJK:kebersihan) hebatnya group ni kerana kesemua ahlinya botak2 belaka, kecuali ketuanya iaitu saya. jika ade sesiape yg nk join group ni sila hubungi AJK kebersihan kami (rashid).