Thursday, April 23, 2009

Perjalanan ke PWTC dari awal sampai akhir.

Alhamdulillah... Itu jelah perkataan yang saya boleh ungkapkan setelah kepenatan berjalan bersama sahabat saya di PWTC. Sepanjang perjalanan saya dari awal sampai ke akhir banyak ujian yang Allah berikan kepada saya.

PAGI

Pada pagi itu Allah menguji kesabaran saya terhadap rakan-rakan saya. Di rumah,selepas saya bersarapan saya menelefon kawan saya untuk bertanya samada dia sudah bertolak atau belum dari rumahnya.Tetapi dia memberi jawapan yang dia kena tinggal dengan bapa dia di rumah. Saya berasa agak kecewa dengan jawapan yang diberi oleh dia, namun sebagai seorang kawan saya memaafkan dia.Tapi saya tetap nak pergi ke PWTC tu. Jadi saya 'join'lah kawan saya yang lagi seorang yang nak pergi ke PWTC. Saya menunggu dia di LRT Taman Melati seperti yang dijanjikan untuk berjumpa pada pukul 10.45, apabila saya sampai dia pulak belum sampai-sampai lagi, selama 30 minit saya menunggu dia di stesen itu barulah dia sampai. Agak 'panas' juga hati saya dibuatnya, tapi bukan salah dia pun sebab dia naik bas datang ke stesen tu jadi saya pun memaafkan dia. Saya ni bukannya nak kata yang saya ni seorang pemaaf, kalau nak marah pun tak guna juga. Betul tak?

TENGAHARI

Semasa tengah jalan-jalan di PWTC tu ramai juga kawan lama yang saya terserempak.Antaranya Beyak(budak Segambut), Al-Amin, Hanis dan Amal(budak Al-Amin).Saya sempat bersalaman dengan mereka. Tetapi bukan itu yang saya nak kongsikan. Semasa saya berada di PWTC keimanan serta nafsu saya tergugat melihat syaitan-syaitan bertopengkan manusia (orang yang tidak menutup aurat perempuan terutamanya) bak kata ustaz Aziz. Saya hanya mampu untuk menundukkan pandangan saya saja untuk mengelakkan diri dari melihat mereka yang tidak menutup aurat ni dan menghindari dari zina mata. Walaubagaimanapun ada juga sebahagian yang saya lihat menutup aurat dengan sepenuhnya siap pakai purdah dan kopiah lagi.

PETANG

Lepas penat 'tawaf' satu PWTC tu kitaorang pun balik.Masa tu perut masing-masing memang dah lapar sangat. Nasib baiklah ada 'foodfair' dekat LRT Masjid Jamek,kitorang pun borong la makanan dekat situ. Memang murah la makanan dekat situ. Aku beli kerepek dengan kuih-muih, kawan-kawan saya yang lain pun turut beli. Lepas dah hampir tiba di LRT Melati saya pun menelefon bapa saya tapi tak angkat. Lepas tu saya pun telefon mak saya, pun tak angkat. Lebih kurang 9 kali saya 'call' tapi tak angkat juga. Bila saya dah nak sampai rumah naik bas barulah mak saya 'call'. Di sini Allah menguji kesabaran saya terhadap ibu bapa saya. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana dapat sampai ke rumah dengan selamat.

Bila di fikirkan kenapa Allah memberi ujian ini kepada saya. Dan adakah ujian yang diberikan oleh-NYA berjaya saya harungi, hanya Allah saja yang tahu. Tapi apa yang pasti setiap ujian yang diberi pasti ada hikmahnya. Sampai sini sajalah yang dapat saya ceritakan.

Assalamualaikum....

3 comments:

  1. anda begitu tabah, hampir2 menangis saya membacanya kah3
    nape x citer yg anda nampak saya? hahahahah

    ReplyDelete
  2. kesian budak yang kena tinggal uh,ana bersimpati dengan dia,hish2.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete